Business-Blog

Terengganu Inc dan MB Holding LLC Oman Memeterai Perjanjian Persefahaman bagi Mengerat Hubungan Perniagaan Dua Hala Antarabangsa Malaysia dan Oman

OMAN, 7 November 2024 - Terengganu mengeratkan hubungan antarabangsa Malaysia dan Oman melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) di antara Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) dan MB Holding LLC sebuah kumpulan syarikat mutinasional berpusat di Oman yang melaksanakan perniagaan minyak dan gas, kejuruteraan marin, perlombongan, pembuatan dan hartanah, bagi explorasi potensi kerjasama industri di Terengganu bagi sektor yang berkaitan antaranya berasaskan minyak dan gas, penjagaan kesihatan, pembuatan serta pelancongan.

Majlis menandatangani perjanjian berlangsung di Muscat, Oman, dan dihadiri oleh tetamu kehormat dan wakil dari kedua-dua organisasi. MoU ini menandakan komitmen untuk bekerjasama dalam bidang seperti tenaga terutama sektor huluan minyak dan gas dan juga beberapa bidang lain yang berpotensi seperti penjagaan kesihatan, pelancongan, bidang pembuatan dan lain-lain pembangunan lestari yang berpotensi untuk dibangunkan bersama-sama, dengan memanfaatkan kekuatan dan kepakaran setiap pihak.

Bagi merealisasikan tujuan objektif yang tersebut, dua perjanjian persefahaman telah termeterai pada hari ini iaitu, perjanjian pertama yang ditandatangani, adalah antara Terengganu Inc dan anak syarikat milik MB Holding LLC Group, Petrogas E&P Oman melalui Petrogas Sisma Energy yang beroperasi di Malaysia bagi meneroka potensi kerjasama di sektor huluan minyak and gas di negeri Terengganu. Petrogas E&P mempunyai kekuatan dalam mengendalikan sektor huluan minyak dan gas termasuk Late Life Assets"di Eropah, Timur Tengah, dan Afrika, dengan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari. Dengan kekukuhan perniagaan dan pengalaman yang dimiliki oleh Petrogas, ekplorasi perniagaan ini dijangka membuka ruang lebih besar untuk hubungan perniagaan jangka panjang di Terengganu secara khususnya dan di Malaysia secara amnya.

Pada majlis menandatangani dokumen ini, satu lagi pemeteraian perjanjian termetri antara Terengganu Inc dan Mohammed Al Barwani (MB LLC), sebuah syarikat multinational yang mengendalikan pengoperasian di lebih 20 buah negara di seluruh dunia bagi memperluaskan bidang penerokaan kerjasama dalam sektor penting dan berpotensi di antara kedua-dua pihak. Perjanjian ini ditandatangani oleh YAB Menteri Besar Terengganu bersama-sama dengan Pengerusi MB Holding LLC, Dr Mohamed Al Barwani.

Menteri Besar Terengganu, YAB Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ‘perjanjian ini akan membuka ruang kerjasama erat yang lebih luas dengan ekplorasi tenaga, minyak dan gas, penjagaan kesihatan, perkilangan serta pelancongan.

‘Kerjasama strategik ini dijangka mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan baru dalam usaha-usaha kerajaan negeri memperbaiki taraf hidup rakyat Terengganu di masa hadapan.

Beliau berkata ‘Kedua-dua pihak akan secara efisyen melaksanakan pembangunan secara komersil termasuk sektor minyak dan gas, penjanaan tenaga, dan lain-lain industri hulu yang melibatkan di kawasan pengoperasian bagi pembangunan di kawasan terbabit.

‘Ini merupakan kerjasama kali pertama Terengganu bersama Oman melalui Petrogas Sisma dan Petrogas E&P Oman, yang merupakan anak syarikat MB Holding LLC. saya berharap kedua-dua pihak komited memastikan perancangan bagi ekplorasi ini agar dapat memacu pembangunan negeri Terengganu bagi di masa akan datang.

‘Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu’, menurut YAB Ir Dr. Samsuri di majlis tersebut. YAB Menteri Besar Terengganu menandatangani dokumen mewakili delegasi Kerajaan negeri Terengganu di Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Terengganu Inc dan MB Holding LLC. Manakala MB Holding LLC diwakili oleh Pengerusinya Dr Mohamed Al Barwani. Terengganu Inc diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun dan Petrogas Sisma diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Jamal Yusof.

Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah EPIC Berhad YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed@Hashim, dan YB Ir Khairil Nizam Khirudin, Pengurus Besar Invest Terengganu Encik Mohd Adzhar Mohd Zahari, juga Pengurusan Tertinggi Terengganu Inc, EPIC Berhad dan Petrogas Sisma.


Back