Business-Blog

Terengganu Lnc Kongsi Rezeki Buat 50 Keluarga Di Ajll Dan Kuala Terengganu Sempena Jejak Ramadan

Syarikat induk pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menerusi inisiatif Jejak Ramadan telah mengagihkan bakul makanan serta wang zakat kepada 50 keluarga asnaf yang terjejas teruk akibat bencana banjir di sekitar Ajil serta golongan keluarga B40 yang mempunyai anak ’Cerebral Palsy’(terlantar) di Kuala Terengganu.

Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, Jejak Ramadan merupakan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan dimana warga kerja Terengganu Inc mendalami kesusahan yang dialami oleh golongan kurang bernasib baik di samping meringankan beban mereka sempena perayaan Aidilfitri akan datang.

“Pemberian wang tunai, wang zakat dan barangan keperluan merupakan hasil kutipan sumbangan daripada kakitangan Terengganu Inc sendiri,” katanya semasa program Jejak Ramadan dijalankan di Kampung Kua, Ajil, Hulu Terengganu.

Seramai 30 orang warga kerja Terengganu Inc terlibat dalam pengagihan sumbangan kewangan serta barangan harian yang diisi dengan beras, tin sardin, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Menurutnya, antara kawasan yang terlibat di Ajil seperti di Kampung Machang, Kampung Jerlan, Kampung Pengkalan Ajal, PPSK (Projek Penyusunan Semula Kampung) Felcra Gunung Menerong dan Kampung Kua termasuk kawasan di sekitar Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ajil yang turut menyertai acara kebajikan tersebut berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Terengganu Inc atas keprihatinan terhadap warga asnaf terutamanya mereka yang telah kehilangan harta benda akibat banjir, akhir Februari IaIu.

"Terdahulu, Terengganu Inc turut menyumbang sebanyak RM20,000.00 kepada mangsa banjir di Ajil, jadi kami amat berterima kasih kepada syarikat ini kerana sudi membantu warga di DUN ini,” katanya.

Dalam pada itu, reaksi positif jelas terpancar daripada wajah penerima di kedua-dua kawasan tersebut setelah menerima kunjungan dan barangan keperluan yang sedikit sebanyak dapat melegakan mereka menghadapi perayaan Aidilfitri.

Sepanjang bulan Ramadan tahun 2022, Terengganu Inc telah memperuntukkan RM100,000.00 bagi melaksanakan CSR seperti program agihan bubur lambuk (3-5 April), sumbangan bakul makanan kepada asnaf.


Back